13b Jun 2012.... genap 4 tahun usia perkahwinan aku. Dikurniakan 2 puteri. Macam-macam perkara telah berlaku dalam tempoh itu... ada suka, ada duka dan ada yang aku sendiri tak tau nak kategorikan perasaan aku tu kat mana. Perkara yang paling akan aku ingat adalah saat kelahiran kedua-dua puteri ku tu... Sara dan Chacha kamu berdualah pengubat jiwa lara ni....
Masa mengandungkan Sara, tiba2 injap jantung aku ada bunyi something dan doktor kata macam bunyi injap bocor. Pegi buat check up kt hospital putrajaya dan buat scan jantung dan mmg ada kesan bocor tp kecil je... Masa tu aku x rasa takut sbb aku rasa perkara tu mungkin terjadi ketika aku mengandung je. Sebab mmg terlalu banyak tekanan yang aku terima ketika itu. Asyik menangis je... Patutla sekarang ni Sara pun macam dah terkenan masa aku mengandungkan dia. Silap sikit mesti dia menangis.
Alhamdulillah selepas selamat lahirkan Sara keadaan injap aku dah stabil semula. Masa mengandungkan Chacha tekanan yang aku terima tidaklah sehebat semasa mengandungkan Sara. Aku sentiasa bermohon kepada Allah untuk kuatkan hati aku untuk menempuh apa jua dugaan yang akan aku terima dan mempunyai kekuatan untuk memaafkan kesilapan orang lain.
Untuk suami yang TERCINTA.....
Terima kasih untuk segala apa yang telah dikorbankan selama kita bersama. Ibu akan sentiasa berdoa semoga tuhan membuka hati Ayah untuk sentiasa bersama kami.... Maafkan segala kekhilafan yang pernah dilakukan. Ibu sedang berusaha untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik. Mungkin tidak terbaik di mata orang tapi cukup sekadar terbaik dimata Ayah.. Alamak feeling lak... Dan terima kasih jugak sebab ingat tarikh anniversary kita ni. Terharu bila suami ingat tarikh annivesary sebab selalunya aku je yang ingat.
so sweet~ happy aniversary kak sarinah~
ReplyDelete